Followers

24 December 2015

Perth For Dummies!



Assalamualaikum, hari ini tertarik nak share tentang Perth, Western Australia! Setelah menetap disini beberapa tahun, terasa nak share sedikit pengalaman, tak kira bagi yang nak backpack atau nak holiday bersama yang tersayang dan keluarga tercinta.

TIKET FLIGHT

Macam biasa, kena rajin buka website-website syarikat penerbangan untuk check promo. Selaku student biasa, aku bukan jenis yang rajin travelling dan bukan pakar bab-bab check promo. Tapi usually paling murah tiket yg kitaorang 'dengar' atau ada yg dah merasa sendiri paling murah adalah RM600. Tapi average tiket yg selalu ke Perth ialah RM1200 keatas. Yg ni harga standard utk ke Perth dari Malaysia.

TEMPAT PENGINAPAN

Ok. Yg ni crucial part. Selalu bila mai takkan lah nak jadi homeless duduk kt kaki lima. Mesti nak cari tempat berteduh. Kalau nak mudah cari kt Airbnb.com. Bagi aku mudah sebab dia akan bagi harga ikut budget yg kita ada dan jumlah orang yg nak menginap. Bagi family mungkin sesuai utk cari homestay. Utk area yg dekat dengan Perth CBD (Perth City), ada beberapa homestay yg mungkin sesuai tapi selalunya area city ni harga dia memang mahal sikit. Standard mcm area KL lah kan. Kalau nk tinggal kt hostel backpackers pn ok, cumanya ye lah, negara mat saleh mmg amal lelaki-perempuan bercampur. Rasanya normal lah kalau kt mana-mana hostel backpackers pun mmg macamni. Jadi utk yg ada family mgkin tak digalakkan.

MALAYSIA HALL PERTH


Ok, mungkin ada sesetengah yang tak tahu lagi kewujudan Malaysia Hall Perth. Baru dirasmikan tahun lepas (November 2014). Antara alternatif yang ada dlm Perth seandainya korang tak ada penginapan di Perth. Dekat dengan Perth City (Jalan kaki dlm 20 Minit je). Malaysia Hall Perth ni menyediakan penginapan untuk tetamu dan residen (Pelajar yang belajar di Perth atau Aussie termasuk Melbourne, Sydney, Brisbane, Adelaide dll). So far penginapan ni boleh dikatakan paling murah dalam city. Cuma $20 (AUD) untuk sewaan dan $15 untuk caj perkhidmatan (cleaning). Untuk mereka yg nk datang atas lawatan universiti amat sesuai untuk tinggal kat sini. Untuk family pun ok je. Bayaran masih sama. Mungkin info serba sikit ni berguna.

$20 (Sewa) + $15 (Perkhidmatan) = $35 (Seorang untuk 1 malam)
Deposit (Boleh rujuk website EMA)
Selain dari itu tiada caj tersembunyi. Cuma aku nak bagitau awal tentang WIFI. Sebab selalunya orang akan tanya benda ni. Wajib!
Di Malaysia Hall tak disediakan WIFI. Yg ada cuma hotspot saja. Hotspot as in korang kena bayar guna gold coin utk dapatkan username dengan password dan limited up to 6 hour penggunaan saja. Jadi kalau nk stay kt Malaysia Hall, better beli simkad atau portable WIFI antara Vodafone atau Yes Optus atau mana-mana je lah (Kalau korang tanya aku, as a student, ramai yg akan pakai Vodafone. Kenapa? Ntah. Sebab femes kot. haha). Simkad Vodafone harga dalam $32 ($30 untuk call, text + 1GB data) + $2 untuk harga simkad.

Jenis bilik-bilik tersedia dalam Malaysia Hall Perth

Bilik Queen Bed : Khusus untuk 2 orang.
Bilik Queen Bed + 1 Single : Khusus untuk 3 orang.
Bilik 1 katil double decker : 2 orang.
Bilik dorm 2 katil double decker : 4 orang.
Bilik dorm 3 katil double decker : 6 orang.
Bilik dorm 5 katil double decker : 10 orang.

*AMARAN, MALAYSIA HALL PERTH ADALAH TEMPAT LARANGAN MEROKOK.
DAN BAGI MEREKA YANG INGINKAN LEBIH KESELESAAN, SILA HABISKAN DUIT ANDA DI HOTEL-HOTEL BERDEKATAN. SEBAB MALAYSIA HALL BUKANNYA HOTEL. TAPI SEKADAR UTK MEREKA YG CUMA NAK REHAT DAN ASAL BOLEH TIDOQQ.

Website EMA untuk Booking dan lebih detail : www.ema.org.au (Cari link Malaysia Hall Perth).
Atau message terus kt Page FB Malaysia Hall Perth!

PENGANGKUTAN DI PERTH



Ok, untuk pengangkutan pulak korang boleh naik bas FREE dalam City SAHAJA. Pengangkutan ni dipanggil CAT BUS (Central Area Transit). Bas ni korang naik je dan bila nk turun tu cakap mekasih. Tu je. Haha. Cuma bas ni ada route dia tersendiri. Ada 4 jenis semuanya. Blue Cat, Red Cat, Yellow Cat dgn Green Cat. Bagi bas yang bernombor mcm contoh Bus 950, 99, 98, 350 yang ni semua bas berbayar. So jangan terkeliru. Warna bas semua sama, jenis model bas pun sama. Cuma utk bas CAT ni dia ada gambar kucing besaq baq hang. Ada tulis juga GREEN CAT, YELLOW CAT, RED CAT, BLUE CAT.
Ok, kalau korang tinggal kt Malaysia Hall Perth, ada 1 bustop CAT yang paling dekat iaitu BLUE CAT di FRANCIS STREET. Bas ni akan direct terus ke dalam city (stop PERTH UNDERGROUND). Tapi kalau korang nak naik train kat PERTH STATION, aku cadang jangan naik bas Blue Cat tu. Jalan kaki je dari Malaysia Hall sebab tak jauh pun. Dari MHP ke Perth Station kalau jalan kaki dalam 15 minit je.

PENGANGKUTAN DARI PERTH AIRPORT

Bab yang ni pun orang selalu akan tanya, tapi ramai yang tanya kalau dari PERTH AIRPORT ke MALAYSIA HALL je lah. So, yg aku boleh bagitau cara mudah untuk ke Malaysia Hall je. Sbb tu je tempat yg slalu org akan pergi. Untuk pengetahuan, so far PERTH AIRPORT tak menyediakan khidmat train dari airport ke perth station. So, korang ada beberapa option untuk ke area city atau Malaysia Hall. Kalau bagi yang plan untuk menyewa kereta, korang boleh pilih company sewa kereta yg ada kt dalam airport. Betul-betul belah kiri lepas korang keluar dari arrival gate, korang akan nampak banyak company car rental ataranya eurocar, Avis dll lah. Tapi kalau bagi yg nk menyewa kereta yang berkapasiti tinggi contoh mcm up to 7 orang (atau bahasa mudah nk 7 seater ke atas), better korang book kereta awal-awal dlm website. Contoh, website bayswater, avis, eurocar. Semua ni korang boleh book awal-awal and pilih kereta apa yang korang nak. Kalau baru sampai baru nak book maka ada kemungkinan besar korang takkan dapat kereta yg berkapasiti besar. Tapi untuk kapasiti kecik tu ada la peluang untuk dapat kereta (contoh kereta biasa 5 seater or less).

Tapi bagi yang tak sewa kereta, korang ada 2 pilihan samada nak naik bas atau teksi. Kalau teksi, korang akan dicaj lebih kurang dalam $42 atau keatas (rate ni cuma applicable sebelum jam 12 tengah malam saja). Tapi kalau nak naik bas, korang kena naik shuttle bus dari Perth International Airport ke Perth Domestic Airport (T3, T4). Bas tu free je, cuma bila dah sampai domestic airport, korang kena naik lagi 1 bas, transperth bas. Bas ni akan bawak korang ke Esplanade busport dengan bayaran (aku tak pasti berapa bayaran sbb so far aku tak pernah naik bas lagi. Cuma aku rasa tak mahal, mungkin kurang dari $5 je kot). Sampai kat Esplanade ni korang boleh naik bas CAT yang aku cakapkan tadi. Bagi yang menginap di Malaysia Hall, bolehlah naik bas BLUE CAT dan turun di FRANCIS STREET yang aku cakapkan tadi. Dari FRANCIS ST tu ke Malaysia Hall dalam 3 minit jalan kaki je pun.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI PERTH

Ni aku bagi simple lah, korang boleh google sendiri. Dan ikut pada citarasa masing-masing.

Tempat wajib pegi di Perth :
1. Kings Park
2. Blue House
3. London Court
4. Caversham Wildlife Park
5. Water Town (Dulu dikenali sebagai Harbour Town) Khusus utk penggemar shopping barang-barang branded.
6. Fremantle (Eshed Market) Untuk yang nak borong souvenir.
7. Cottesloe Beach.

Lain-lain :
1. Bell Tower
2. Mill Point
3. Pinnacles (Yang ni amik masa 2 jam lebih dari city)
4. Lancelin (Sama mcm Pinnacles jauh dia) khusus untuk yg minat sandboarding.
5. Albany. (Yang ni scenery dia serious awesome! Tapi korang kena travel by kereta dan amik masa 4 jam dari Perth City. Bagi korang yg stay lama kt Perth mungkin boleh fikir-fikirkan untuk pergi.
6. Rottnest Island (korang boleh keliling 1 pulau naik beskal, Ada lighthouse dgn kincir angin. View ala-ala New Zealand tapi dgn skala yg kecik. Quokka binatang yg suka senyum bila selfie tu belambak kat pulau tu. Korang kena cycling kat dlm pulau ni).
7. Fremantle Prison. (Tempat bersejarah sbb penjara terlama)
8. AQWA, Hillarys Boat Harbour.
9. Penguin Island (Rockingham).

Yang mungkin korang rasa seronok untuk amik gambar saja atau berpicnic :
Matilda bay dan University of Western Australia (UWA). Selalu mat saleh dok buat photoshoot kahwin dlm kampus UWA. Sebab bangunan dia nostalgik kot. Haha.

Oklah, walaupun rasa kurang membantu, tapi aku bagitau serba sedikit je lah pasal Perth ni. Untuk bab makan korang jangan risau, kat sini berlambak makanan halal. Tapi mahal lah kalau korang convert. Apa-apapun, selamat ber-travelling dan moga dipermudah. Kalau ada rezeki boleh jumpa di Perth!

No comments:

Post a Comment