Followers

05 December 2015

Terima Kasih Pakyus



Dari Dia kita datang, dari Dia kita pergi
Ada bulan, ada bintang dan juga matahari
Ada malam, ada siang, ada gelap ada terang
Ada kasih ada sayang
Sampai masa kita pulang.

*Mawi, Hazama Ft. Daly Filsuf - Al Nuraa..Yang 5..Yang 6..

Moga Allah merahmati Allahyarham Yusri bin Edoo atau lebih dikenal sebagai PakYus Jambu.

Indahnya apabila segala amalan dilakukan tersembunyi dan setelah pemergian beliau barulah kita tahu bahawa banyak jasa dan kebaikan yg dilakukan arwah Pakyus walaupun bergelar seorang pelawak. Menjadi pedoman buat semua. Sentiasa menjadi pengajaran terbaik untuk dicontohi. Sekecil-kecil sumbangan tetapi bermanfaat.

Siapa sangka nyawa beliau ditarik semuda itu.
Kerana janji Allah itu pasti.
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian.
Takziah buat ahli keluarga Pakyus dan sahabat handai yang rapat.

Bagi yang hidup ia sebagai peringatan buat kita.

Moga Allah merahmati roh Pakyus Jambu. Tenanglah disana.
Terima kasih Pakyus. Terima kasih kerana mewarnai kehidupan kami.

Yusri bin Edoo (Pakyus Jambu)
1976 - 2015

No comments:

Post a Comment